Thursday, June 28, 2012

i pressure ! please give the best strength and spirit to me....

biasa lah kekadang kita akan rase down. macam tue lah yang aku tengah rase sekarang nie.. aku memerlukan semangat dan kekuatan untuk aku menempuh hidup baru nie.. dalam keadaan yang terpaksa berulang alik dari kl ke klang... n tekanan untuk mencari rumah sewa area yang terdekat dengan tempat kerja. tak larat rasenye berulang alik kl- klang setiap hari. menempuh jem setiap masa. sangat letih. macam tak cukup rehat rasenya... takpelah, mungkin allah sedang menduga aku. hanya allah saja yang tahu perasaan ini. kadang aku mengharap satu semangat dan kekuatan dari orang yang dekat dengan kita. sewaktu dia memerlukan aku, aku sehabis baik cuba sentiasa ada dengan dia. tapi bila aku memerlukan dia disaat ini... dia seolah-olah hilang dan seperti sangat sibuk dengan kehidupan dia sekarang... aku bukan memerlukan perhatian dia tapi aku memerlukan semangat dan kekuatan daripada dia... takpelah... mungkin dia sangat sibuk dengan kehidupan dia sekarang.... akan ku hadapi semua ini.. insyallah.. allah akan sentiasa bersama aku... semoga aku dapat hadapi semua dugaan ini dan dugaan yang mendatang dengan sebaiknya.... *semoga aku berada dalam keadaan yang baik-baik saja*

Saturday, April 7, 2012

SEKITAR PUTRAJAYA






SEKITAR BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA




















~ TENGAHARI JUMAAT ~




               

























MASALAH

DI DUNIA MASALAH MERUPAKAN TEMAN KARIB YANG SELALU MENENEMANI PERJALANAN HIDUP KITA. SEJAK LAHIR KE DUNIA KITA SUDAH MENGHADAPI MASALAH. PADA DETIK-DETIK PERTAMA KEHIDUPAN DI DUNIA MANUSIA SUDAH BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI MASALAH. SYURGA ADALAH SATU-SATU TEMPAT DIMANA MANUSIA TIDAK DIDATANGI MASALAH. SELAGI SESEORANG ITU HIDUP DIDUNIA INI, MAKA DENGAN ITU MASALAH TIDAK AKAN PERNAH SURUT. HIDUP MEMERLUKAN MASALAH, SETERUSNYA JAWAPAN TINDAKAN SUSULAN KEPADA PERMASALAHAN. JIKA IA MEMBERIKAN JAWAPAN DAN TINDAK BALAS YANG SALAH MAKA AKAN HANCUR BERKECAI LAH.

MASALAH BOLEH MEMBERI PUKULAN YANG HEBAT KE ATAS DIRI KITA DAN MEMBUAT KITA GOYAH.

*ADAKAH ALASAN BAGI KITA UNTUK TIDAK JATUH ?

*BOLEHKAH KITA TETAP BERTAHAN MANGHADAPI MASALAH ?

*MENGAPA UJIAN SERTA MASALAH YANG SUKAR MESTI MENIMPA KEHIDUPAN KITA ?


KITA TIDAK PERLU TAKUT, CUMA PERLU MEMAHAMI KEHIDUPAN INI DENGAN BAIK DAN BERSIKAP SEDIA MENGHADAPI APA SAJA KEMUNGKINAN YANG AKAN TERJADI. SETIAP HARI MASALAH HIDUP AKAN MENGHAMPIRI KITA, MENGISI MASA-MASA KITA. KITA TIDAK BOLEH MENGELAK DAN PERLU MENGHADAPI. KITA TIDAK PERLU LARI DARIPADANYA, KITA HANYA PERLU MENGENALI, MENGHADAPI SERTA MENYELESAIKAN NYA DAN YANG PENTING PERLU MENGAMBIL MANFAAT DARINYA.

MASALAH ADALAH SESUATU YANG MENGUATKAN DIRI KITA DAN MENDORONG KITA UNTUK MENJADI LEBIH SEMPURNA ATAU MENYEDARKAN KITA DARI KESILAPAN. MANUSIA SERING LUPA DAN TIDAK AMBIL PEDULI KETIKA BERURUSAN DENGAN KESENANGAN TAPI SEGERA MENDONGAK KE ATAS KETIKA MENDAPAT MUSIBAH ATAU SESUATU YANG TIDAK MENYENANGKAN. UNTUK ITU, KITA PERLU INGAT BAHAWA KESENANGAN DAN KESUSAHAN MERUPAKAN UJIAN DAN PERSOALAN HIDUP YANG SELALU KITA HADAPI DAN RASAKAN DALAM HIDUP.

HIDUP TIDAK PERNAH TERLALU SEMPURNA SEHINGGA KITA SELALU BERADA DI ATAS, TIDAK PERNAH TERLALU SEMPURNA SEHINGGA MENAWARKAN JALAN YANG RATA TANPA LUBANG SAMA SEKALI TETAPI HIDUP JJUGA TIDAK PERNAH TERLALU BURUK SEHINGGA MENEGGELAMKAN SESEORANG TERUS MENERUS DI DASAR JURANG KEHIDUPAN.

KITA TIDAK PERLU RISAU DENGAN UJIAN DAN PERSOALAN YANG KADANG KALA DATANG DALAM HIDUP KERANA ITU SEMUA LUMRAH KEHIDUPAN. KITA JANGAN LALAI DAN JANGAN LUPA DIRI APABILA KTA MENDAPAT KESENANGAN DAN JANGAN BERPUTUS ASA JIKA DITIMPA DUGAAN. WALAU PUN BERAT DUGAAN YANG MENIMPA KITA, SENTIASA LAH BERSANGKA BAIK TERHADAP TUHAN KERAN ALLAH MENGETAHUI SETIAP RAHSIA DISEBALIK DUGAAN ATAU MASALAH TERSEBUT

Wednesday, January 4, 2012

~ 10 PETANDA JODOH KITA ~

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, November 5, 2011

RAHSIA BANTAL DAN TUANNYA

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal asanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada sifat ego.

Sunday, October 30, 2011

....................

Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab.Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..

(Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...

Thursday, October 27, 2011

KOSONG !!

Lame rasenye tak update blog nie kan.. semcam jerw bz nye.. tak lah bz mane cume bz kan diri.. hehehe. arinie aku rase kosong sangat. macam takde pape jerw dalam hidup nie.. bangun-bangun tido jerw rase kosong.. mule lah nak nangis pown ada kerw dah nangis.. huhu.. memang takde mood jerw lah jawab nye nie.. bile dah rase kosong macam nie memang lah takde mood jawab nye.. bile rase kosong , satu bende pown tak akan jadi. ada jerw bende tak kene.

time2 macam nie mula lah teringat kawan-kawan yang ceria yang ada kat seremban tue.. mesti best kalo ada dorang.. bangun pagi jerw dah bising2.. tak sempat punye lah nak melayan perasaan.. RINDU GILER KAT KORANG ! jadi bersempena deepavali nie.. aku pown menguatkan kaki ke seremban.. haha. selasa malam aku pown bertolak lah ke seremban... belom pown sampai kat seremban, dorang dah kol ajak g naik bukit kepayang. bagus betul korang nie. aku belom sampai dah ada planning. hehe. dari dulu rasenye nak g bukit kepayang tue tapi tak tak pegi2 pown.. time2 nie lah korang nak g kan ?

aku bertolak dari ampang dalam kol 8 ke seremban tapi sebelom sampai tue menyinggah2 lah dulu... dalam kol 10 aku dah sampai kat seremban. tapi sebelom tue pusing2 dulu sambil cari ole2 untuk korang. pusing punye pusing akhirnya jumpe lah ole2 untuk korang. pastue aku menuju ke rumah sewa di central park. rase seronok jerw tengok korang makan ole2 yang aku bawak tue. dah habis kerw belom haaa ? walaupun tak seberapa... sambil2 makan tue biasa lah mesti lah story mory kan..

bile dah habis makan, perut pown sudah kenyang.. apa lagi aku pown menuju ke bilik dan terus baring kat tempat yang selalu baring.. rindu nye tempat tue.. terima kasih lah kat hidayaton sebab bagi aku baring kat situ. cian die tido atas toto jerw malam tue. terima kasih jugak pada ainnee dan teh sebab sanggup tido kat umah dayang. tak lupa jugak kat dayang dan niesah sebab layan karenah aku. hehe. THANKS KORANG !

di pagi deepavali tue, nisa dah bising2 suruh bangun. maklom lah nak panjat bukit kepayang.. lame rasenye tak dengar bunyi bising2 di pagi hari. maklom lah selalu nye bangun tidur pastue siap2 g kerja. mane ada orang yang nak bising2.. macam2 gelagat lah yang ada sepanjang nak bersiap tue dan mase panjat bukit kepayang. siap sarapan lagi tau kat atas bukit kepayang tue. THANKS NISA ! masakkan sarapan.

kteowg pown tade lah lame sangat kat bukit kepayang tue. maklomlah matahari dah mule memacak kat atas.. balik jerw rumah masing2 tidur sebab kepenatan... lebih kurang dalam pukul 4 tue aku gerak untuk pulang ke ampang.. tapi sebelom tue sempat lagi g tengok wayang kat terminal 1 dengan seorang teman.. rase berat hati jerw nak balik ! tapi takpe ada mase kita jumpa lagi tau.. huhu.. mase aku kat terminal 1 semapt lagi korang sowh aku datang mydin.. bukan aku taknak g tau tapi t lagi berat hati nak balik.t ada mase kita jumpe lagi tau ! aku sampai ampang dalam kol 12.30 malam.


TERIMA KASIH SEMUA SEBAB LUANGKAN MASA DENGAN SAYA !




JADIKAN PERKENALAN INI BERTERUSAN BERKEKALAN SAMPAI BILE-BILE...




SAYANG KORANG !


Saturday, July 30, 2011

yeay ! ibu yang masak.

hai lame rase nye tak rase ibu masak. dan hari ini dengan jahat nye aku tak tolong ibu masak sebab nak rase air tangan nye.. tapi kene tolong jugak ! tolong goreng ayam.. banyak lak tue.. sebab nak bawak balik ke hotel california a.k.a umah pusaka nenek di kg. mesti syok kumpul ramai2.

ingat nak sowh masak yang aku suka makan tapi pagi-pagi dah suruh pegi pasar beli ayam beberapa ekor untuk dimasak dan di bawa ke hotel california. Arinie ibu masak ayam tandoori + nangke masak lemak + sambal belacan ! yummy. yummy. yummy.

petang nie aku akan ke hotel california ! maknenye ?? tak dapat online sampai lebam lah jawab nye...





jom makan....




jom....





jom lah.....

















makan dulu... hehehe

R.I.N.D.U

haish.. rindu apa plak tue kan ? mestilah rindu nak update blog.. lagi kan pula lame dah tak update blog nie.. bukan taknak update tapi dok kat umah sewa tue tade wireless + broadband. Rase serik nak gune broadband pown ada.. bukan sebab masalah tak ada duit nak bayar,, tapi ada masalah lain. tunggu balik rumah jelah baru nak online + update sampai lebam.

pejam celik pejam celik dah dekat sebulan aku keje kat lembaga hasil dalam negeri cawangan kuala lumpur bandar. Buat mase nie keadaan aku ok jerw kat saner.. happening giler dekat sane. kalo nak tau aku lah paling muda kat sane.. kekadang keje tue agak bosan lah sebab buat bende yang sama tapi tkpelah demi mengutip sejuta pengalaman.

Aku masuk keje pukul 8. Seawal jam 7 aku sudah keluar dari rumah. berjalan kaki menuju ke LRT Cempaka. naik kenderaan awam jerw lah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Rase macam mengantuk lagi pown ada. hahaha. tapi takpe lame-lame nanti dah biasa.

Korang nak tau tak, suasana kat offices tue tak habis-habis dengan makan.makan dan makan. Ada saje jamuan yang dibuat lagi-lagi ada yang nak berpindah cawangan atau kenaikan pangkat. waktu pagi pula ada saje sarapan yang dibawa. sangat best !

tapi kekadang sunyi kat saner. yelah ada radio jerw.. tv + laptop tade kan... tue pown radio kat lua tutup pintu bilik langsung tak dengar dah bunyi-bunyi lagu. nak dengar lagu dari handfone pown, handfone nye mahal sngat sampai tak boleh dengar lagu. plus aku balik paling awal kat dalam rumah tue..


apa lah yang aku bebel-bebel tadi kan.. korang pown g bace... hahaha. dah taktau nak tulis apa.. takpelah t kalo ada idea aku tulis lagi yerw...

Tuesday, July 12, 2011

Betol-Betol Menguji Kesabaran

hari nie aku periksa PPL.. pagi-pagi lagi dah sampai kolej n hope boleh lah habis hari nie jugak sebab aku dah mita cuti 2 hari dan hari nie hari kedua aku bercuti.. periksa PPL berjalan seperti biasa dengan dimulakan dengan menjawab soalan teori ~

jawab punye jawab.... patu ada plak sesi interview.. sebelom sesi interview bermula, pegawai penilai ada memberitahu yang PPL nie akan berlangsung selama 2 hari. perlu kerw 2 hari ?? padahal boleh jerw nak siapkan tok sehari.. mule lah aku punye kemarahan meningkat2...

hey apa lah nasib.. selepas sesi interview ada plak ujian amali ~ pada jam 4.30 petang kami sudah dapat menghabiskan semua peperiksaan.... tapi masalah sekarang nie die sowh datang lagi esok.. maksodnye apa tue ?? aku kene bercuti tok hari ke tiga ?? hurm... dengan alasan kalo tak datang akan gagal.. jadi aku terpaksa datang.

benci sangat-sangat ! sengaja jerw melewat-lewatkan.. macam lah tak boleh nak siapkan sehari..
hari nie aku balik dari PPL dengan perasaan Marah + Sedih ! dengan terpaksa aku bercuti lagi tok hari ketiga.. hope Boss aku paham lah n tak marah :)

Lepas habis sume nie.. tade lah aku kene mengadap kolej yang banyak karenah nie... disebabkan aku balik dengan perasaan marah.. jadi aku mentidurkan diri sehingga jam 8 malam. supaya aku tidak menangis dan marah orang lain tak tentu pasal. kesian DORANG ~

Sunday, July 3, 2011

MADAH PERSAHABATAN !

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.


musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

hari makan-makan !

ehh.. kalo bab2 makan nie mesti orang suke kan ? tengok lah entry kali nie pown pasal makan. mak aku belanje. comfirm bertambah sedap sebab ada orang belanje. hehehe.. kteowg makan di aroma ikan bakar,jeram. sangat-sangat ramai.. kalah kenduri kawen. kalo nak cepat dapat meja sebelum datang kene reserved dulu. kalo tak alamat kene tunggu lah.

nie lah keadan sewaktu kteowg baru sampai, tengok kereta begitu banyak pown dah gerun..


tempat parking yang sudah penuh pada jam 7.00 malam.


berposing dulu. hehehe


disekitar bahu jalan yang sudah pown dipenuhi kereta.
khusyuk mendengar bebelan orang yang menjaga bahagian parking.



tanpa membuang mase kteowg pown berjalan menuju ke kedai.. orang begitu ramai terpaksa lah menuggu mereka habis makan. sementara menuggu kami pown menunaikan solat. pegi2 jerw kat surau aroma ikan bakar, jeram nie, punya lah ramai sampai nak berwudhuk pown kene berator tak kira bahagian lelaki atau perempuan..

setelah bersolat, kembali untuk mencari meja.. setelah beberapa minit tunggu.. akhirnya kteowg dapat duduk. apalagi terus lah order..



berjalan menuju ke kedai.



  1. nie lah antara yang di order disana ::
udang butter
pari bakar
ikan bawal 3 rasa
kailan ikan masin
kepah masak cili
sotong goreng tepong.



sedang menjamu selera dengan selera nya. last2 masing2 tak larat.


sedang memilih hidangan mane yang berkenan tapi posing dulu. hehe


yaa.. si pelahap kita. haha


muke yang sedang kekenyangan.



berposing sebelom pulang.....


akibat kekenyangan, semua ketiduran sewaktu tiba di rumah. senyap sunyi jerw umah nye sampai ke siang lah alamatnya ! hehe.....







Thursday, June 30, 2011

umur 4 tahun.

haloo sume.. mesti korang tertanye2 kan ? apa bende umur 4 tahun tue. jap lah nie nak cerita lah.. aku ada sorang kawan yang kteowg dah berkawan sejak umur 4 tahun lagi. die juga 2 pupu dengan aku.

kteowg kawan sampai lah sekarang. kawan yang boleh dikatakan rapat. sangat rapat lah. mase umur 4 tahun tue kteowg kat sekolah tadika assam jawa, sungai haji dorani. macam-macam karenah kteowg kat situ.. maklom lah.. time tue kan bebudak lagi.. mmg macam-macam2 lah...

kteowg bersama sampailah umur 6 tahun. ceh , bersama ! haha. selepas tue kteowg terpisah. tapi kteowg terpisah tym sekolah kebangsaan jerw.. sekolah agama jumpe balik. hai, mmg tak boleh berpisah betol kteowg nie.. tahun demi tahun pown berlalu.. sehingga lah habis darjah 6.

sekarang plak proses pilih2 sekolah nak masuk sekolah mane.. pilih punye pilih, kteowg ditakdirkan bersama kembali. mkne nye apa tue ?? makne nye satu sekolah lah. apa lagi. seronok giler aku. hehe.. macam-macam peristiwa pahit manis kteowg kongsi sepanjang 5 tahun disana. korang jgn salah paham plak.. aku tade lah kawan dengan die sorang.. tapi ada gak dengan yang lain. yang lain tue t aku cerita tapi sekarang nie aku nak cerita pasal die jerw..

dan tiba lah waktu untuk kteowg sambong pengajian. agak2 kteowg bersama lagi tak ??

jawapan nya ya untuk kos yang kteowg amek jerw.. tempat tak same lah... kteowg amek kos akaun.. die belaja kolej kat gombak dan aku plak belaja kolej kat seremban.. tapi kekadang kteowg balik same.. kalo kat kg tue mesti lepak2, story-mory dan merayap. tue akan jadi acara wajib...

beberapa tahun berlalu....

masing-masing berjaya menamatkan pengajian masing2.. sekarang waktu untuk bekerja plak... die bekerja di KL... dan aku juga bakal ke sana pada 1 julai 2011.. n duduk bersama die balik. kteowg bersatu kembali setelah sekian lame.. seronok pown ada aku rase. yelah... dulu kene calling2... nie akan meghadap muke die kembali setiap hari....

nie potret bile kteowg bersama...








nie lah orang nya. panggil ida. hope kita jadi kawan sampai bile2. forever and ever. sayyaaaanng kau !

Tuesday, June 28, 2011

tukar status.

hep2.. mesti sume tertanya2 kan ? tukar status apa tue ? nak kawen dah kerw ? ehhhh.. korang2 jangan nak pk macam tue ehk.

status yang aku maksudkan ialah daripada seorang pelajar kepada seorang pekerja.. mampu kerw aku buat sume tue ? korang-korang doakan aku yang terbaik tau..

tinggal bape hari lagi jerw aku akan bertukar status tue.. alamat tak dapat duit raya dah lah tahun nie ? tapi kene bagi wet raye kerw ?? kalo baru kerja pown kene bagi kerw ??

aku harap aku dapat survive lah hidup kat KL tue.. mita baik2 saja lah aku kat sner. korang pown doakan aku yang terbaik tau !

okeyh lah.. jom2 ikot aku kemas2 barang yang perlu.. eh ? kemas kerw ? hahaha

Monday, June 27, 2011

satu panggilan dari LHDN

pagi tadi aku dapat satu kol. dalam kol 11 lebih. tetiba aku cuak plak. apasal ada orang tepon aku nie.. angkat2 kol.. tetibe die cakap yang aku dapat kerja kat LHDN. ari jumaat bersamaan 1 julai kene lapor diri jam 8.00 pagi ~

hai macam2 lah perasaan yang ada. maklom lah first time keje. tapi alhamdulillah dapat gak kerja. aku kerja kontrak sebagai pembantu tadbir(penaksiran) secara kontrak.

aku harap semua nya ok sajalah. heeee

R I N D U L A G I !

Rindu itu amat jelas pada hati ini.. Sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu.. Sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudak akan kenangan lalu..

Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun.. Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menanggis kita dalam diam.. Membara di dalam..

Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..

Merindui pada masa sama sama mengikat kasih.. Di dalam samar adakah cinta itu milik kita.. Masih di dalam ego untuk menyatakan cinta yang hadir.. Dan terus menjadi tanda tanya.. Kenangan waktu itu amat mengasyikkan kerana di masa itu, kita sama sama menjaga hati masing masing.. Erti kata lain, dalam proses mengenali hati budi -masing baget hot la..

Pernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya.. Ada kala kita rindu pada keluarga.. Ada kita rindu pada teman seperjuangan.. Tapi sering kita teringat pada sang pemuja di hati.. Amat damai rasa bila rindu pada yang kasih..

Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..

Rindu juga tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu


Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang...

Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu

R I N D U

entry kali ini sesuai dengan MOOD aku tok hari ini....



Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..


Pernahkan kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu