Saturday, November 5, 2011
RAHSIA BANTAL DAN TUANNYA
Mereka yang suka memeluk bantal asanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada sifat ego.
Sunday, October 30, 2011
....................
(Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...
Thursday, October 27, 2011
KOSONG !!
Saturday, July 30, 2011
yeay ! ibu yang masak.
R.I.N.D.U
Tuesday, July 12, 2011
Betol-Betol Menguji Kesabaran
Sunday, July 3, 2011
MADAH PERSAHABATAN !
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.
hari makan-makan !
Thursday, June 30, 2011
umur 4 tahun.
kteowg kawan sampai lah sekarang. kawan yang boleh dikatakan rapat. sangat rapat lah. mase umur 4 tahun tue kteowg kat sekolah tadika assam jawa, sungai haji dorani. macam-macam karenah kteowg kat situ.. maklom lah.. time tue kan bebudak lagi.. mmg macam-macam2 lah...
kteowg bersama sampailah umur 6 tahun. ceh , bersama ! haha. selepas tue kteowg terpisah. tapi kteowg terpisah tym sekolah kebangsaan jerw.. sekolah agama jumpe balik. hai, mmg tak boleh berpisah betol kteowg nie.. tahun demi tahun pown berlalu.. sehingga lah habis darjah 6.
sekarang plak proses pilih2 sekolah nak masuk sekolah mane.. pilih punye pilih, kteowg ditakdirkan bersama kembali. mkne nye apa tue ?? makne nye satu sekolah lah. apa lagi. seronok giler aku. hehe.. macam-macam peristiwa pahit manis kteowg kongsi sepanjang 5 tahun disana. korang jgn salah paham plak.. aku tade lah kawan dengan die sorang.. tapi ada gak dengan yang lain. yang lain tue t aku cerita tapi sekarang nie aku nak cerita pasal die jerw..
dan tiba lah waktu untuk kteowg sambong pengajian. agak2 kteowg bersama lagi tak ??
jawapan nya ya untuk kos yang kteowg amek jerw.. tempat tak same lah... kteowg amek kos akaun.. die belaja kolej kat gombak dan aku plak belaja kolej kat seremban.. tapi kekadang kteowg balik same.. kalo kat kg tue mesti lepak2, story-mory dan merayap. tue akan jadi acara wajib...
beberapa tahun berlalu....
masing-masing berjaya menamatkan pengajian masing2.. sekarang waktu untuk bekerja plak... die bekerja di KL... dan aku juga bakal ke sana pada 1 julai 2011.. n duduk bersama die balik. kteowg bersatu kembali setelah sekian lame.. seronok pown ada aku rase. yelah... dulu kene calling2... nie akan meghadap muke die kembali setiap hari....
nie potret bile kteowg bersama...
Tuesday, June 28, 2011
tukar status.
Monday, June 27, 2011
satu panggilan dari LHDN
R I N D U L A G I !
Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun.. Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menanggis kita dalam diam.. Membara di dalam..
Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..
Merindui pada masa sama sama mengikat kasih.. Di dalam samar adakah cinta itu milik kita.. Masih di dalam ego untuk menyatakan cinta yang hadir.. Dan terus menjadi tanda tanya.. Kenangan waktu itu amat mengasyikkan kerana di masa itu, kita sama sama menjaga hati masing masing.. Erti kata lain, dalam proses mengenali hati budi -masing baget hot la..
Pernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya.. Ada kala kita rindu pada keluarga.. Ada kita rindu pada teman seperjuangan.. Tapi sering kita teringat pada sang pemuja di hati.. Amat damai rasa bila rindu pada yang kasih..
Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..
Rindu juga tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu
Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang...
Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu
R I N D U
Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..
Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..
Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..
Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..
Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..
Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..
Pernahkan kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu
Sunday, June 26, 2011
kisah dongeng ~ stacy~
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim
Saturday, June 25, 2011
kadang menyintai seseorang tidak harus memilikinya
Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..
Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..
Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..
Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.
Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..
Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima
LCCT + KLCC + MELAKA
Thursday, June 23, 2011
story mory about work~
orang semua sibuk cari keje selepas habis belaja. aku pulak terpaksa tunggu dari kolej sebab nak siapkan sijil kemahiran malaysia tahap 3. hopefully baik2 jerw lah semua nya. lepas settle semua itu baru lah nak cari keje yang betol-betol punye
tadi aku story mory dengan ideng. ideng boleh dikira sebagai kawan baik aku dari sekolah tadika lagi tau. die pesan cari keje nie jangan ada perasaan putus asa even kite kene kutuk atau pown apa. itu perkara biase. banyak pengalaman yang die cerita sepanjang die menjalani temuduga.......
kat sini aku ada pesanan untuk kawan-kawan kat luar sane tue.... yang belom habis belaja n yang masih belaja lagi.. belajar elok2 tau. jangan main-main... t dah habis belajar boleh lah cari keje yang bagos-bagos. k lah t kalo aku rajin aku update lagi yerw....
~hijau itu mendamaikan~
kekadang kengkawan aku tnye kenapa aku suka sangat wane hijau. hai entahlah, aku sendiri pown taktau. mungkin bila nampak hijau nie agak mendamaikan... sejuk jerw mata memandang... sejuk kerw ? hahaha
k lah! bye... HIDUP HIJAU ! haha
SUNYI KEMBALI ~
nie potret sebelum kepulangan nenek dan pakcik ku ke indon. macam-macam kenangan pahit dan manis sepanjang mereka berada di sini. hope kenangan ini menjadi kenangan yang terindah untuk mereka.
gambar pakcik aku yang datang bersama nenek ku adalah yang memakai baju kotak-kotak. dan tentulah nenek ku yang memakai baju berwarna hijau siap berkot tau ! hehehe
Wednesday, June 22, 2011
AIR TEBU + BIHUN GORENG
aku ada satu kenangan dulu time sekolah yang agak tak boleh lupa. kalo di ikutkan banyak sangat kenangan yang ada. tapi nie kenangan dengan bebudak gila dalam kelas 5 ibnu sina. hahaha. cerita nie bermula apabila aku,jah dan jannah teringin minum air tebu. tapi nak dapat dari mane lahai.. lagi-lagi kteowg nie dok asrama.. comfirm takkan dapat kan... jadi kteowg pown berbincang dan mendapat kata sepakat untuk menyuruh wahida belikan... setelah berbincang dengan beliau, maka beliau berkenan untuk membelikan dan menjoinkan diri bersama kteowg.
hari semakin hari.. hari yang di tunggu telah tiba.. dapatlah kteowg meminum air tebu yang dimaksudkan ditambah pula telah di sejuk bekukan oleh cik wahida kite ! wow.. sangat sedap ! haha. terasa sangat gembira pada ari itu. padahal dapat minum air tebu jerw pown. heee.. kalo korang nak tau, kteowg bukan buat aktiviti tue sekali jerw tapi 2 3 kali. dan aktiviti nie dapat dihidu oleh mamat-mamat yang tak boleh tengok kteowg senang iaitu haziq, syafiq dan faiz. hee.
tetibe dorang plak ada merancang untuk membuat parti ! hahaha tapi parti apa haaa ? hahaha. kteowg pown bincang dan bincang.... macam biasa lah.. sape dok luar kene bawak itu ini.. yang dok asrama plak bawa perot jerw lah. hahaha. parti ini di hadiri oleh 7 orang sahaja. haha. pati kerw tue ?? eh, suka hati aku lah. ahaha
hari parti tersebut jatuh pada hari jumaat. ya allah, apa aku nie.. hari2 yang mulia buat parti.. korg jgn salah paham ok? nie bukan parti sangat pown just makan2 cm gitu jerw... antara juadah yang disediakan ialah air tebu yang telah disejuk bekukan oleh wahida, bihun goreng yang di goreng sendiri oleh syafiq dan kentang dan nugget kowt ~ aku pown tak ingat sangat. hehehe. bihun goreng tue sedddaaapp ! maklom lah tinggal makan jerw mmg lah sedap. hahaha
parti tue diadakan pada waktu rehat. makan kene laju-laju sebab waktu rehat tak boleh ada dalam kelas. hehehe. apa lagi makan jerw lah laju plus lapar ! haha. syok sangat time tue ! haissshh.. bile lagi lah nak buat parti2 kecil-kecilan cam gitu kan.. meh cnie aku tepekkan potret orang yang dimaksudkan diatas.. jap tengah mencari potret-potret yang boleh di tepekkan di sini. hehehe. tunggu tau..
okeyh. aku dah jumpa pict dorg.. sorry lah korg aku curi gambar nie kat fb korg! hehehe
nie orang yang agak penting iaitu tukang masak bihun. hehehe
haaa nie lah syafiq namanya....
okeylah.. next pict-pict nie adalah tukang makan.. orang paling penting dalam parti nie. hahaha
haaa yang nie haziq.
yang nie plak jannah.
haa yang nie faiz. aku taktau nape pict kau nie blurrr...
jap...
aku tertinggal plak sorg BFF aku nie....
nie jah name name nye ! heee.
dah siap sume aku tepekkan gambar tapi sayang ada lagi pict nie tak masuk...
gambar wahida. aku dok cari2 tak jumpe plak~
aku plak yang sedih sendiri bile buat entry nie. hehe. hope korang-korang tak lupa kenangan yang tercipta. tau2 ?? jangan lupe tau. entah bila lagi kita dapat macam nie.huhuhuhu.